SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 1/2015
Tarikh :
14 Januari 2015 ( Rabu )
Masa :
1.10 petang
Tempat :
Kantin Sekolah
Pengerusi : Pn. Norashikin bt Saad (PKHem)
Kehadiran(Bilangan) : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)
Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah bt Ismail
Pn. Noraini bt Abdullah
Pn. Harniza bt Ibrahim
Pn.
Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)
1
|
KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan
pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat
memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan
kantin dari masa ke semasa.
|
2
|
UCAPAN GPK HEM
2.1 Terima kasih
dan tahniah kepada warga sekolah yang telah bertungkus lumus menceriakan
kantin sekolah hingga telah mendapat tempat kedua peringkat negeri Perlis
tahun 2014. Diharap pada tahun ini sekolah meneruskan lagi perjuangan dalam
pertandingan kantin dan mendapat Johan.
2.2 Meminta
kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin sekolah.
2.3 Sekolah akan
menyertai pertandingan kantin peringkat negeri. Tarikh dan masa akan
ditetapkan kemudian oleh JPN.
2.4 Wang hasil
kemenangan tahun lepas bernilai RM500 boleh digunakan untuk meneruskan lagi
keceriaan kantin pada tahun 2015.
Tindakan: Makluman Semua AJK
|
3
|
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2014
Pencadang : Pn. Noraini
bt Abdullah
Penyokong : Pn. Hamiyah
bt Ismail
Sokongan
sebulat suara
|
|
|
4
|
FOKUS MESYUARAT
4.1.Kebersihan,
keselamatan dan kemudahan kantin
Pn. Nik Hafizah
mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan dan
keselamatan kantin dari segi:
4.1.1. Kebersihan/
kemudahan
- semua tempat di
kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan makanan hendaklah
sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki
hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air
hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul
sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendaklah berplastik di
dalamnya dan bertutup.
Tindakan: Pihak Kantin
|
|
4.1.2 .Kebersihan
peralatan
- Semua jenis alat
atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air bersih,
sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang telah
bersih ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta
kemas.
- Semua peralatan
yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap
yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang selamat. Susun
kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
Tindakan: Pihak Kantin
4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar
kantin handaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding
hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih,
teratur dan selamat.
Tindakan: Pihak Kantin
4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna,
diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki yang rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan
berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan
segera diatasi.
4.4 Langkah mencegah kebakaran:
- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa
berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu
mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah
diletakkan jauh dari api dan dapur. Sebarang minyak dan cairan yang mudah
terbakar dilabel dan ditutup ketat serta diletakkan jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke
kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan
bersih.
4.5 Langkah mencegah kecederaan:
- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering
dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main
dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan
sempurna agar tidak menghalang pergerakan dan membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai
digunakan.
4.6 Kemudahan-kemudahan kantin
4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan
di kantin hendaklah dari sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi. Tidak
menggunakan sambungan getah paip.
4.6.2 : Bekalan elektrik kantin menanggung sendiri kos eletrik.
4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang
kerja untuk menyediakan makanan cukup bagi pekerja kantin menyelanggarakan
tugas dan muat untuk setiap kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk
menghidangkan makanan hendaklah bersih, kemas dan dialas dengan bahan yang
kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar
pengendali makanan selesa dan boleh menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk –
mestilah di tempat yang selamat dan bersih.
4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : -
penyimpanan bahan mentah yang tidak mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan
para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan
serangga dan mendapat pengudaraan yang cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak
hendaklah di dalam peti sejuk yang mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan
suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup
dan diletakkan ditempat yang sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang
bertutup dan bersih.
4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan
hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk
murid hendaklah mencukupi dari segi bangku dan meja, disediakan alas meja
dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai
kemudahan yang sesuai.
4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan
berfungsi serta disediakan cecair pencuci tangan.
4.7 Penyelenggaraan sisa makanan
- sisa makanan hendaklah diselenggarakan
dengan sempurna.Tong sampah perlu mencukupi dan dilapis dengan plastik serta
bertutup. Kawasan sekitanr tong sampah bersih.
- pelupusan sampah – sampah sisa dari kantin
dibuang ditempat pembuangan sampah Majlis Pebandaran Kangar.
4.8 Pengendali makanan
-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh
semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk
buku panduan dan peraturan mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan
amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan
dengan baik dan tidak boleh sama sekali menggunakan perkataan yang negatif
terhadap pelanggan.
Tindakan: Makluman
|
5
|
HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat
pekerja kantin
- Pihak pengusaha
kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja kantin. Maklumat
ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.
Tindakan: Pihak
Kantin
5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama
untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu sebelum 5 haribulan setiap
awal bulan. Ia bagi memudahkan pihak
sekolah membuat laporan bulanan kantin.
Tindakan:
Pihak Kantin
|
|
5.3 Harga makanan dan minuman
- Harga makanan dan minuman murid dan guru
hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.
Tindakan: Pihak Kantin
5.4 Pengusaha Kantin
- En.
Saad bin Musa mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang telah diberikan oleh pihak sekolah kepada
kantin sekolah dalam pertandingan kantin kerana berjaya mendapat tempat kedua
peringkat Negeri Perlis untuk tahun 2014. Diharap pada tahun 2015 kantin
sekolah akan mendapat tempat pertama.
- Beliau akan buat yang terbaik lagi pada
tahun ini bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari masa ke semasa.
Tindakan: Makluman
|
|
|
PENUTUP
a. Pengerusi berharap agar
pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan menjalankan
tanggungjawab dengan baik.
b.
Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat
dilengkapkan sebaiknya.
c. Mesyuarat
seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d. Mesyuarat
ditangguhkan pada jam 2.30 petang.
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..........................................……… ……...............................……….
(Pn.
Nik Hafizah bt Awang) ( )
Setiausaha Kantin
Tarikh
: 15 Januari 2015 Tarikh : 16 Januari 2015
SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT
MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN BIL 2 /2015
Tarikh :
16 Jun 2015 ( Rabu )
Masa :
1. 10 petang
Tempat :
Kantin Sekolah
Pengerusi : Pn. Norashikin bt Saad (PKHem)
Kehadiran(Bilangan) : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)
Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
Pn. Hamiyah bt Ismail
Pn. Noraini bt Abdullah
Pn. Harniza bt Ibrahim
Pn.
Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)
Turut Hadir (Jika ada) : -
1
|
KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas
kehadiran semua guru.
1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil
tindakan segera.
|
2
|
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk
disahkan oleh Pn. Hamiyah bt Ismail
Disokong untuk
pengesahan oleh Pn. Harniza bt Ibrahim
|
3
|
PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan
kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh semua pihak
supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
Tindakan: Pengusaha Kantin
dan guru-guru bertugas kantin
|
|
3.2. Label makanan
sudah tertanggal, sila lekatkan semula.
Tindakan: Pengusaha Kantin
3.3 Sila pastikan
murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas memainkan
peranan penting membentuk disiplin murid.
|
4
|
FOKUS MESYUARAT
|
|
4.1 Kendiri Kantin
: Pengusaha Kantin lambat mennyediakan
Laporan Kendiri Kantin kerana masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah
ini, GPK HEM meminta pekerja kantin membantu mengisi markah kendiri kantin.
Tindakan:
Guru Kantin
4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan
untuk menyenaraikan harga makanan dan minuman serta dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin
dapat bertindak segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu
samada pelajar dan guru setiap hari.
Tindakan
: GPK HEM & Pengusaha Kantin
4.4 Sila sediakan
peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau pekerja
tercedera semasa berada di kantin.
|
5
|
HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nik
Hafizah menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam
pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan
memberi kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama yang melibatkan
makanan.
5.2 Pertandingan
kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos, diharap semua warga sekolah
dapat memberi kerjasama kepada pihak kantin.
Makluman : Semua
guru
|
PENUTUP
a.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang
Disediakan oleh, Disemak oleh,
..........................................……… ……...............................……….
(Pn.
Nik Hafizah bt Awang) ( )
Setiausaha Kantin
Tarikh
: 16 Jun 2015 Tarikh : 17 Jun 2015
No comments:
Post a Comment