KANTIN SKPM

KANTIN SKPM

KE KANTIN SKPM

KE KANTIN SKPM
BERSIH SIHAT CERIA

WCOME

WCOME
SELAMAT DATANG

PENGENALAN

PENGENALAN

PENGUSAHA DAN PEKERJA

PENGUSAHA DAN PEKERJA

VISI DAN MISI

VISI DAN MISI

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH KANTIN SEKOLAH KAMI

ANUGERAH BESS

ANUGERAH BESS
OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN TAHUN 2015

TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT

TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT
GRED A

ANUGERAH DIPEROLEHI

  • ANUGERAH GURU KANTIN TERBAIK 2017
  • ANUGERAH INOVASI 2017
  • ANUGERAH KANTIN BERSIH DAN SIHAT 2017
  • ANUGERAH KANTIN SIHAT 2016

AP

AP
TEMPAT KE1 2017 PERINGKAT NEGERI

Thursday, 27 August 2015

GAMBAR TERBARU DAN PEMANTAUAN

GAMBAR SETELAH DISERIAKAN DAN PEMANTAUAN WAKIL DARI JABATAN PENDIDIKAN PERLIS, BAHAGIAN PROMOSI KESIHATAN DAN PEMAKANAN PERLIS

























GAMBAR GOTONG ROYONG MENCERIAKAN KANTIN 2015


GOTONG - ROYONG SEPANJANG BULAN OGOS 2015
SEKALUNG TAHNIAH DAN  TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT





















MINIT MESYUARAT KALI 1 DAN KE 2



SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN  BIL 1/2015

Tarikh                          : 14 Januari 2015 ( Rabu )

Masa                           : 1.10 petang

Tempat                        : Kantin Sekolah

Pengerusi                    : Pn. Norashikin bt Saad  (PKHem)

Kehadiran(Bilangan)   : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)
   Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
                                       Pn. Hamiyah bt Ismail
                                       Pn. Noraini bt Abdullah
                                       Pn. Harniza bt Ibrahim
                                       Pn.  Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
                                       En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)


1

KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan pihak kantin sekolah ke mesyuarat kali pertama.
1.2 Diharapkan semau guru dan pihak kantin dapat memberikan kerjasama dan buah fikiran bagi meningkatkan kualiti pengurusan kantin dari masa ke semasa.

2
UCAPAN GPK HEM
2.1 Terima kasih dan tahniah kepada warga sekolah yang telah bertungkus lumus menceriakan kantin sekolah hingga telah mendapat tempat kedua peringkat negeri Perlis tahun 2014. Diharap pada tahun ini sekolah meneruskan lagi perjuangan dalam pertandingan kantin dan mendapat Johan.
2.2 Meminta kerjasama semua bagi memantau tingkah laku dan adab murid di kantin sekolah.
2.3 Sekolah akan menyertai pertandingan kantin peringkat negeri. Tarikh dan masa akan ditetapkan kemudian oleh JPN.
2.4 Wang hasil kemenangan tahun lepas bernilai RM500 boleh digunakan untuk meneruskan lagi keceriaan kantin pada tahun 2015.

                                                                               Tindakan:  Makluman Semua AJK

3

PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2014
Pencadang : Pn. Noraini bt Abdullah
Penyokong : Pn. Hamiyah bt Ismail
Sokongan sebulat suara                                      



4

FOKUS MESYUARAT
4.1.Kebersihan, keselamatan dan kemudahan kantin
Pn. Nik Hafizah mengingatkan pihak kantin agar dapat menitik beratkan faktor kebersihan dan keselamatan kantin dari segi:
4.1.1. Kebersihan/ kemudahan
- semua tempat di kantin seperti tempat menyedia, mempamer dan menghidangkan makanan hendaklah sentiasa dijaga dan dalam keadaan bersih dan kemas.
- semua sinki hendaklah bersih dan berfungsi.
- bilik air hendaklah bersih dan berfungsi.
- tempat mengumpul sampah hendaklah bersih dan kemas. Tong-tong sampah hendaklah berplastik di dalamnya dan bertutup.

                                                                                                Tindakan: Pihak Kantin      

4.1.2 .Kebersihan peralatan
- Semua jenis alat atau perkakas yang digunakan hendaklah dibersihkan dengan air bersih, sebaik-baiknya air yang panas dan bahan pencuci yang sesuai. Alatan yang telah bersih ditempatkan di tempat khas yang telah ditetapkan dan bersih serta kemas.
- Semua peralatan yang retak, sumbing, calar dan karat tidak boleh digunakan.
- Kain pengelap yang kotor hendaklah dicuci dengan air panas dan bahan pencuci yang selamat. Susun kain lap mengikut kategori dan lebelkan.
                                                                               Tindakan: Pihak Kantin
4. 2 Kebersihan bangunan
- Seluruh bangunan dan kawasan sekitar kantin handaklah sentiasa dalam keadaan bersih, kemas dan selamat.
- Lantai, longkang, siling dan dinding hendaklah sentiasa dibersihkan.
- Tempat makan hendaklah sentiasa bersih, teratur dan selamat.
                                                                                               Tindakan: Pihak Kantin


4.3 Keselamatan
Kemalangan boleh dielakkan sekiranya:
- Peralatan diuruskan dengan sempurna, diletakkan di tempat yang sesuai dan dibaiki yang rosak.
- Semua kerja dilakukan dengan cermat dan berhati-hati.
- Segala punca kemalangan dikenalpasti dan segera diatasi.

4.4 Langkah mencegah kebakaran:
- Memastikan pendawaian elektrik sentiasa berada dalam keadaan baik.
- Urusan penyambungan elektrik perlu mendapat kelulusan pihak berkuasa.
- Bahan-bahan yang mudah terbakar hendaklah diletakkan jauh dari api dan dapur. Sebarang minyak dan cairan yang mudah terbakar dilabel dan ditutup ketat serta diletakkan jauh dari api.
- Murid- murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan dapur.
- Kawasan dapur hendaklah sentiasa kemas dan bersih.

4.5 Langkah mencegah kecederaan:
- Lantai hendaklah sentiasa bersih, kering dan tidak licin.
- Murid-murid tidak dibenarkan bermain-main dan berlari di kantin.
- Barang-barang hendaklah diurus dengan sempurna agar tidak menghalang pergerakan dan membahayakan pengguna.
- Perabot hendaklah selamat dan sesuai digunakan.

4.6 Kemudahan-kemudahan kantin
4.6.1 : Bekalan air bersih – air yang digunakan di kantin hendaklah dari sumber air yang bersih, selamat dan mencukupi. Tidak menggunakan sambungan getah paip.
4.6.2 : Bekalan elektrik  kantin menanggung sendiri kos eletrik.
4.6.3 : Tempat penyediaan makanan – ruang kerja untuk menyediakan makanan cukup bagi pekerja kantin menyelanggarakan tugas dan muat untuk setiap kerja.
- Meja kerja yang digunakan untuk menghidangkan makanan hendaklah bersih, kemas dan dialas dengan bahan yang kalis air.
- Ruang memasak hendaklah mencukupi agar pengendali makanan selesa dan boleh menjalankan kerja dengan baik.
- Tempat mengeringkan pinggan mangkuk – mestilah di tempat yang selamat dan bersih.
4.6.4 Tempat menyimpan bahan makanan : - penyimpanan bahan mentah yang tidak mudah rosak hendaklah dilengkapi dengan para atau pun perabot yang sesuai.
- Selamat daripada gangguan tikus dan serangga dan mendapat pengudaraan yang cukup.
-Penyimpanan bahan mentah yang mudah rosak hendaklah di dalam peti sejuk yang mempunyai kemudahan beku dan dingin dengan suhu yang sesuai.
- Makanan yang sudah masak hendaklah ditutup dan diletakkan ditempat yang sesuai.
-Makanan untuk dijual diletak di tempat yang bertutup dan bersih.
4.6.5 Kaunter jualan – kaunter jualan hendaklah sesuai dan sentiasa berkeadaan bersih.
- Sediakan lorong untuk murid beratur.
4.6.6. Tempat makan – tempat makan untuk murid hendaklah mencukupi dari segi bangku dan meja, disediakan alas meja dari bahan yang kalis air, bersih dan kemas.
-Tempat makan staf hendaklah mempunyai kemudahan yang sesuai.
4.6.7 Sinki – Pastikan singki mencukupi dan berfungsi serta disediakan cecair pencuci tangan.

4.7 Penyelenggaraan sisa makanan
- sisa makanan hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.Tong sampah perlu mencukupi dan dilapis dengan plastik serta bertutup. Kawasan sekitanr tong sampah  bersih.
- pelupusan sampah – sampah sisa dari kantin dibuang ditempat pembuangan sampah Majlis Pebandaran  Kangar.

4.8 Pengendali makanan
-Perlu mendapatkan suntikan typoid oleh semua pekerja kantin.
- pengendali makanan perlu sentiasa merujuk buku panduan dan peraturan mengendalikan kantin sekolah dengan pakaian dan amalan yang baik.
- pengendali makanan perlu melayan pelanggan dengan baik dan tidak boleh sama sekali menggunakan perkataan yang negatif terhadap pelanggan.
                                                                                        Tindakan: Makluman       

5

HAL-HAL LAIN
5.1. Maklumat pekerja kantin
- Pihak pengusaha kantin perlu memberikan maklumat terkini berkenaan pekerja kantin. Maklumat ini penting untuk disimpan di fail dan rujukan pihak pemantau.

                                                                                        Tindakan: Pihak Kantin  
5.2 Laporan Kendiri Kantin
- Pihak kantin diminta memberi kerjasama untuk membuat laporan kendiri kantin iaitu sebelum 5 haribulan setiap awal  bulan. Ia bagi memudahkan pihak sekolah membuat laporan bulanan kantin.
                                                                                        Tindakan: Pihak Kantin  


5.3 Harga makanan dan minuman
- Harga makanan dan minuman murid dan guru hendaklah berbaloi dengan kuantiti dan kualiti makanan yang telah dipersetujui.

                                                                                         Tindakan: Pihak Kantin
5.4 Pengusaha Kantin
- En.  Saad bin Musa mengucapkan terima kasih atas kerjasama yang  telah diberikan oleh pihak sekolah kepada kantin sekolah dalam pertandingan kantin kerana berjaya mendapat tempat kedua peringkat Negeri Perlis untuk tahun 2014. Diharap pada tahun 2015 kantin sekolah akan mendapat tempat pertama.
- Beliau akan buat yang terbaik lagi pada tahun ini bagi memastikan kualiti kantin akan lebih baik dari masa ke semasa.
                                                                                                    Tindakan: Makluman       



PENUTUP
a.    Pengerusi berharap agar pihak kantin dan AJK Kantin dapat memberikan kerjasama dan menjalankan tanggungjawab dengan baik.
b.    Beliau berharap laporan kendiri kantin dapat dilengkapkan sebaiknya.
c.    Mesyuarat seterusnya dijangka akan diadakan pada bulan Mei.
d.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.



Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  oleh,


..........................................………                                                       ……...............................……….
(Pn. Nik Hafizah bt Awang)                                                                (                                                )
      Setiausaha Kantin                                                                                          
Tarikh : 15 Januari 2015                                                                     Tarikh : 16 Januari 2015





SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG MELANGIT

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN KANTIN   BIL 2 /2015

Tarikh                          : 16 Jun  2015 ( Rabu )

Masa                           : 1. 10 petang

Tempat                        : Kantin Sekolah

Pengerusi                    : Pn. Norashikin bt Saad  (PKHem)

Kehadiran(Bilangan)   : Pn. Norshikin bt. Saad (PKHem)
   Pn. Nik Hafizah bt Awang (S/U)
                                       Pn. Hamiyah bt Ismail
                                       Pn. Noraini bt Abdullah
                                       Pn. Harniza bt Ibrahim
                                       Pn.  Sri Rahayu bt Ghulam Ali (Penyelaras RMT/SUSU)
                                       En. Saad bin Musa (Pengusaha Kantin)    
Turut Hadir (Jika ada)  : -


1

KATA ALUAN
1.1 Mengucapkan salam dan terima kasih diatas kehadiran semua guru.   
1.2 Diharap apa jua yang diminitkan diambil tindakan segera.

2
PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
Dicadang untuk disahkan oleh Pn. Hamiyah bt Ismail
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Harniza bt Ibrahim

3

PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Keceriaan kantin masih ditahap yang sama, diharap ada penambahbaikan oleh semua pihak supaya kantin lebih ceria bersih dan selesa.
                                                                                       Tindakan: Pengusaha Kantin
                                                                                 dan guru-guru bertugas    kantin
    

3.2. Label makanan sudah tertanggal, sila lekatkan semula.
                                                                                       Tindakan: Pengusaha Kantin
3.3 Sila pastikan murid beratur mengikut lorong yang disediakan. Guru yang bertugas memainkan peranan penting membentuk disiplin murid.

4

FOKUS MESYUARAT
        

4.1 Kendiri Kantin : Pengusaha Kantin lambat  mennyediakan Laporan Kendiri Kantin kerana masalah masa dan usia. Bagi mengatasi masalah ini, GPK HEM meminta pekerja kantin membantu  mengisi markah kendiri kantin.
                                                               Tindakan: Guru Kantin

4.3 Menu dan Senarai Harga : Pihak kantin diingatkan untuk menyenaraikan harga makanan dan minuman serta  dipamerkan. Dan diharapkan pihak kantin dapat bertindak segera. Pihak kantin juga diminta untuk mempelbagaikan menu samada pelajar dan guru setiap hari.
Tindakan : GPK HEM & Pengusaha Kantin

4.4 Sila sediakan peti kecemasan di kantin sebagai persediaan jika ada murid atau pekerja tercedera semasa berada di kantin.
      

5

HAL-HAL LAIN
5.1. Pn. Nik Hafizah menyatakan terima kasih kepada semua guru yang membantu dalam pengurusan kantin. Terima kasih juga kepada pihak kantin kerana menyediakan memberi kerjasama kepada sekolah dalam semua program terutama yang melibatkan makanan.  
5.2 Pertandingan kantin dijangka akan diadakan pada bulan Ogos, diharap semua warga sekolah dapat memberi kerjasama kepada pihak kantin.
                                                                                              Makluman : Semua guru         

PENUTUP

a.    Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang





Disediakan  oleh,                                                                               Disemak  oleh,


..........................................………                                                       ……...............................……….
(Pn. Nik Hafizah bt Awang)                                                                (                                                )
      Setiausaha Kantin                                                                                          
Tarikh : 16 Jun 2015                                                                                 Tarikh : 17 Jun  2015