KANTIN SKPM

KANTIN SKPM

KE KANTIN SKPM

KE KANTIN SKPM
BERSIH SIHAT CERIA

WCOME

WCOME
SELAMAT DATANG

PENGENALAN

PENGENALAN

PENGUSAHA DAN PEKERJA

PENGUSAHA DAN PEKERJA

VISI DAN MISI

VISI DAN MISI

TERIMA KASIH

TERIMA KASIH KERANA MEMILIH KANTIN SEKOLAH KAMI

ANUGERAH BESS

ANUGERAH BESS
OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN TAHUN 2015

TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT

TERIMA KASIH SEMUA YANG TERLIBAT
GRED A

ANUGERAH DIPEROLEHI

  • ANUGERAH GURU KANTIN TERBAIK 2017
  • ANUGERAH INOVASI 2017
  • ANUGERAH KANTIN BERSIH DAN SIHAT 2017
  • ANUGERAH KANTIN SIHAT 2016

AP

AP
TEMPAT KE1 2017 PERINGKAT NEGERI

Sunday, 2 November 2014

SENARAI TUGAS AJK KANTIN


SENARAI TUGAS AJK KANTIN

 

 

 

PENGENALAN :

 

Kantin sekolah merupakan satu tempat yang sinonim dengan murid. Oleh itu, perancangan dibuat sebagai panduan menjadikan kantin suatu tempat yang menarik, bersih dan ceria bukan sahaja untuk murid malahan guru, pelawat dan sesiapa sahaja yang berkunjung ke kantin. Selain itu, perancangan ini bertujuan memastikan murid-murid mempraktik dan mempunyai disiplin semasa menggunakan kantin. Semua akan merasa selesa dan tenteram apabila menggunakan kantin.

 

 

OBJEKTIF :

 

  • Mendidik dan melahirkan murid yang tahu menjaga kebersihan.
  • Menjadikan kantin satu tempat yang bersih, ceria dan menarik.
  • Mendidik murid supaya menjadikan kantin bukan sahaja tempat untuk belajar sendiri atau berkumpulan.
  • Memastikan kuantiti makanan yang dijual seimbang dengan nilainya.
  • Menjaga kualiti makanan yang dijual.

 

SASARAN :

 

  • Semua murid SK Padang Melangit
  • Penguasaha kantin
  • Guru dan kakitangan sekolah
  • Pelawat

 

STRATEGI

 

  • Semua pengguna kantin mendapat makanan yang seimbang dan berkhasiat.
  • Menjadikan kawasan kantin bersih ceria dan selamat.
  • Menjadikan kantin sebagai tempat “Bersih Sihat Ceria”

 

JANGKA MASA

 

  • Sepanjang tahun

 

 






SENARAI TUGAS AJK KANTIN

 

1.             Bertanggungjawab dan bekerjasama dengan JK. Kesihatan dalam menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kesihatan dan kantin sekolah.

 

2.             Bertanggungjawab memastikan kantin dan kawasan luarnya dalam keadaan bersih, tidak berbau dan sentiasa diurus. Sistem pembuangan sampah perlu diselia selalu.

 

3.             Memastikan pihak kantin menyediakan makanan mengikut menu dan harga mengikut surat perjanjian. Senarai makanan dan minuman serta harganya hendaklah dipamerkan.

 

4.             Semua penjual makanan hendaklah dipastikan telah mendapat suntikan kesihatan dan memakai apron dan menutup kepala dengan bersih dan kemas mengikut pekeliling Kementerian Kesihatan apabila menjalankan tugas-tugasnya.

 

5.             Makanan hendaklah disediakan dalam keadaan bersih dan segar. Simpanan sayur/ikan/daging di dalam peti sejuk hendaklah sesuai dan bersih.

 

6.             Makanan yang hendak dijual, pastikan ditutup dengan tudung saji/kain maslin atau disimpan dalam bekas yang bertutup bagi mengelakkkan dihinggapi lalat dan sebagainya.

 

7.             AJK kantin sekolah patutlah membaca dan memahami surat perjanjian tawaran kantin agar mereka sedar apa yang sepatutnya dilakukan oleh pengusaha kantin sekolah.

 

8.             Memastikan kawasan lantai/meja kantin/longkang kantin hendaklah dibersihkan dengan sabun sebelum dan sesudah digunakan.

 

9.             Boleh menegur pengusaha kantin jika perlu.

 

10.         Memastikan pihak pengusaha kantin berada di premis supaya mudah dihubungi.

 

11.         Memaklumkan kepada pihak pengusaha kantin tentang hari-hari persekolahan.

 

12.         Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.

 

13.         Memastikan murid dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan sesuai.

 

14.         Membuat laporan mingguan dalam buku/borang laporan kantin.

 

15.         Menyampaikan laporan bulanan kepada Guru Besar/Penolong Kanan HEM tentang prestasi kantin.

 

16.         Mengadakan mesyuarat kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari semasa ke semasa.

 

17.         Memastikan perkhidmatan dan layanan cepat dan mesra.

 

No comments:

Post a Comment